pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ucapan Penuh Emosi Wan Azizah, Yakin Pakatan Akan Ulangi Rekod PRU13
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Dalam ucapan penuh emosi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menekankan pertembungan sebenar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14...
SHAH ALAM: Dalam ucapan penuh emosi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menekankan pertembungan sebenar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pada masa yang sama, Presiden PKR itu berkata, barisan pembangkang yang diberi wajah baharu akan mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat.
Tanpa menamakan PAS, kata beliau, hanya gabungan utuh parti-parti pembangkang dapat mencabar keangkuhan pemerintah kleptokrat yang belum pernah ditumbangkan.
“Kita sudah pun berjaya menempa pelbagai kejayaan bersama Pakatan Rakyat.
“Formula kejayaan ini akan diulangi Harapan,” kata beliau dalam ucapan dasar presiden di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 di sini hari ini.
Pakatan Rakyat yang dibentuk susulan kejayaan luar biasa kerjasama politik DAP, PKR dan PAS pada tahun 2008 meneruskan ikatan itu pada PRU13.
Bagaimanapun hayat Pakatan Rakyat berakhir selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP dan disusuli dengan PKR bulan lalu.
PH yang menggantikan Pakatan Rakyat kini dianggotai DAP, PKR, Amanah dan PPBM. PPBM diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam ucapannya Wan Azizah yang juga merupakan Ketua Pembangkang berkata, PH akan ke seluruh pelosok negara melalui “Jelajah Hati ke Hati” untuk mendengar suara, pandangan dan rintihan rakyar Malaysia.
“Pemimpin dari keempat-empat parti akan menjelajah ke Felda, kampung nelayan, pekan kecil, rumah kecil, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), sawah padi, tanah-tanah adat serta wilayah pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.
“Dengan jelajah Hati ke Hati ke seluruh pelosok Malaysia, kami yakin boleh menawarkan manifesto Harapan yang lebih lengkap dan demi rakyat secara berperingkat-peringkat mulai bulan Julai,” katanya.
Wan Azizah berkata, manifesto PH kini sedang disiapkan oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Harapan yang dipimpin oleh Ketua Sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah.
“Lima Teras Utama Manifesto Harapan yang dicadangkan oleh PKR merangkumi agenda reformasi sektor ekonomi, institusi politik, sosial, kebajikan, sektor pekerjaan, autonomi Sabah-Sarawak dan perpaduan rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam ucapannya, Wan Azizah memberitahu para perwakilan, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara sejak lebih 800 hari.
“Beliau di penjara demi rakyat,” kata beliau sambil mengajak penyokongnya bergerak untuk membawa kemenangan kepada PH.
Diiringi laungan Reformasi dan Bebas Anwar daripada perwakilan, Wan Azizah menggesa kesemua ahli parti bekerja keras untuk memenangkan PH dalam PRU14. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top