pahangdaily pahangdaily Author
Title: UMNO Kelantan Nafi Pindahkan Pengundi Secara Besar-Besaran !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Umno Kelantan menafikan terbabit dalam sebarang aktiviti memindahkan pengundi secara besar-besaran di negeri itu, sebalik...
PETALING JAYA: Umno Kelantan menafikan terbabit dalam sebarang aktiviti memindahkan pengundi secara besar-besaran di negeri itu, sebaliknya ia berlaku di luar pengetahuan mereka.

“Mungkin juga ada gerakan dari parti-parti lain, termasuk PAS sendiri atau orang perseorangan yang memilih untuk berpindah.
“Tetapi, pengundi berpindah sering berlaku di mana-mana dan setiap waktu. Selagi ianya diluluskan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), ianya bukan satu kesalahan,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa wujud kegiatan memindahkan pengundi secara besar-besaran di Kelantan yang dikesan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 1 yang dipamerkan baru-baru ini.
Exco Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula menuduh Umno di sebalik pemindahan pengundi secara besar-besaran itu untuk merampas negeri itu daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kita dapati pengundi yang dipindahkan ini adalah penyokong tegar Umno-BN. Sebelum ini, kita telah mengesan perkara ini (dalam daftar pemilih terdahulu), tetapi bukan dalam skala besar,” kata adun Temangan itu yang mendakwa 700 “penyokong BN” dimasukkan ke kawasannya.
Mengulas lanjut, Hanafi berkata, SPR menggariskan beberapa kaedah dan peraturan untuk dipatuhi seseorang yang berpindah.
“Juga ada waktu untuk bantahan. Parti-parti politik boleh membantah,” katanya.
Hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata, proses pemindahan pengundi ialah perkara biasa dan sebahagian daripada proses kemas kini yang dilakukan SPR mengikut peraturan ditetapkan.
Beliau menasihatkan parti politik yang tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan SPR supaya membuat bantahan untuk disiasat suruhanjaya berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top