pahangdaily pahangdaily Author
Title: UMNO Sukar Menang, Walau Pun Rakyat Kelantan Tidak Puas Hati !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: UMNO sukar memenangi Kelantan walaupun rata-rata rakyatnya tidak berpuas hati dengan kerajaan PAS, kerana pemikiran mereka...
KUALA LUMPUR: UMNO sukar memenangi Kelantan walaupun rata-rata rakyatnya tidak berpuas hati dengan kerajaan PAS, kerana pemikiran mereka sudah terbentuk untuk menolak parti Melayu itu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat Kelantan akan tetap menolak Umno walaupun mereka menyedari keadaan ekonomi negeri yang mundur dan kezaliman terhadap Orang Asli di bawah kerajaan sedia ada.
“Rakyat gelisah tetapi pada masa yang sama sukar Umno ambil alih Kelantan kerana dah jadi ‘mindset’ orang Kelantan mereka tak menerima Umno,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.
Menurut Ibrahim, mentaliti “ulat dalam batu pun boleh hidup” akan mendorong rakyat Kelantan mengambil risiko meneruskan pemerintahan PAS untuk beberapa penggal lagi.
Ini kerana rakyat negerinya tidak boleh menerima kepimpinan lain di Kelantan selain PAS, walau banyak mana pun projek pembangunan dibawa Barisan Nasional ke negeri itu.
“Macam-macam yang mereka lemparkan tuduhan terhadap Umno Kelantan. Sebab mereka tak suka kepada cara kepimpinan Umno di bahagian-bahagian, mereka undi PAS,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengingatkan Umno supaya tidak terlalu selesa, walaupun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah percaya BN mempunyai peluang cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS di Kelantan.
Kali terakhir Umno menguasai Kelantan adalah pada pilihan raya 1986, yang menyaksikan PAS mencatatkan keputusan paling teruk dalam sejarah politiknya – 1 kerusi Parlimen.
Kenaikan Datuk Fadzil Noor sebagai presiden PAS pada 1989 menyaksikan usaha menyederhanakan retorik parti dan pada pilihan raya 1990, bersama parti serpihan Umno, Semangat 46, berjaya merampas semua kerusi negeri.
PAS mengekalkan dominasi politik negeri Kelantan sehingga hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top