pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video Asri Berlaku 10 Tahun Lalu, Bagaimana Pula Video HINDRAF?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Rakaman video Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang dilihat menggunakan istilah “pariah” terhadap orang India ...

PETALING JAYA: Rakaman video Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang dilihat menggunakan istilah “pariah” terhadap orang India yang dibawa ke Tanah Melayu oleh penjajah British dulu, perlu dilihat dalam konteksnya kerana berlaku 10 tahun dulu, ketika hangat dakwaan kumpulan Hindraf terhadap kerajaan Malaysia.

Kenyataan yang dimuat naik di Facebook Asri turut mempersoalkan “media perkauman” tertentu yang menurutnya tidak melaporkan mengenai satu lagi video yang memaparkan perhimpunan menghina orang Melayu.
“Mengapakah media berkenaan dan pro-Hindraf marah dengan video 10 tahun lepas tetapi mendiamkan diri dengan rakaman perhimpunan yang menghina orang melayu tidak berpakaian, tiada agama asal dan seumpamanya,” soal kenyataan itu.
Dalam video yang tersebar sejak semalam, Asri membidas mereka yang mendakwa ditindas selepas dibawa ke Malaysia semasa zaman kolonial British, dan berkata kehidupan mereka di India jauh lebih teruk.
“Sangat hina kehidupan mereka di dalam negeri mereka. Kasta pariah ini telah dibawa oleh Inggeris ke negara kita.
“Kehidupan yang mereka nikmati di sini seribu kali ganda lebih baik daripada di negara mereka,” kata Asri dalam video tidak bertarikh.
Asri dan dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sejak kebelakangan ini terlibat dalam perang mulut melibatkan pendakwah India, Dr Zakir Naik. Ia memuncak susulan puisi Asri yang dilihat membidas pihak yang membantah Zakir sebagai golongan mempertuhankan lembu dan mengamalkan kasta.
Hindraf membantah kehadiran Zakir kerana mendakwa beliau kerap menghina agama Hindu, di samping dikehendaki atas tuduhan pengubahan wang haram oleh kerajaan India.
Video Asri itu selang 2 minggu sebuah lagi video yang dipercayai dirakam ketika perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada lewat 2007, menunjukkan salah seorang berucap menghina orang Melayu.
Kenyataan di Facebook Asri hari ini berkata mufti Perlis itu terkenal dengan pandangan dan fatwa yang mempromosikan keharmonian agama.
Ia berkata ulasan Asri adalah jawapan balas kepada Hindraf, “bukan disebabkan permusuhan dengan penganut Hindu”.
“Sejak sekian lama kita hidup di negara ini secara aman. Penganut Hindu juga menyumbang banyak kepada kebaikan Malaysia. Maka isu bukan agama Hindu tetapi pertubuhan seperti Hindraf.
“Isu-isu permusuhan antara agama hendaklah dihentikan,” menurut kenyataan itu.
Ia turut mencadangkan Hindraf berdialog dengan zakir secara terbuka.
“Rakyat Malaysia boleh menyaksikannya secara adil dan saksama. Jika ada yang enggan berdialog, maka dia tidak layak tinggal dalam negara demokrasi terbuka seperti ini.
“Dr Naik diharapkan sudi berdialog secara profesional tanpa perlu banyak syarat. Ini kerana terdapat tuntutan segelintir rakyat dalam hal ini. Dialog membolehkan rakyat menilai segala dakwaan yang dibuat dengan adil.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top