pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah: "Tun Mahathir" Tidak Kata Dia Tak Setuju Anwar Jadi PM
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengatakan tid...
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengatakan tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai pilihan Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum nanti.

“Beliau tidak kata tak setuju Anwar dinamakan calon Perdana Menteri,” kata presiden PKR itu.
“Beliau kata tidak perlu mengumumkan nama itu. Itu tidak bermakna tidak setuju,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Persoalan sama ada bekas perdana menteri bersetuju dengan pilihan PKR itu menjadi rancak apabila perwakilan di kongres nasional PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad menyokong Anwar menjadi pilihan perdana menteri PH pada PRU-14 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.
Dr Mahathir, yang berkongsi pentas dengan pimpinan PH, tidak mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” tetapi dilihat merakam suasana kongres dengan telefon bimbit.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mengangkat plakad, sementara pimpinan pembangkang lain, termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat plakad.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 atas kesalahan liwat.
Ditanya siapa yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan, Azizah berkata: “Siapa yang dapat sokongan majoriti ahli Parlimen akan jadi PM interim.”
Beliau tidak mengulas secara panjang ketika ditanya bertanyakan bila PH akan bermesyuarat membincangkan perkara itu.
“Kita tidak membincangkannya pada ketika ini kerana kita patut tumpu kepada bagaimana untuk memenangi pilihan raya,” katanya.
Pada Kongres Pemuda PKR 20 Mei lepas, ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sayap itu mahu Wan Azizah dinamakan sebagai pilihan PH sekiranya mereka memenangi PRU-14 nanti, sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil alih.
Wan Azizah hari ini tiba di ibu pejabat parti untuk memberi sokongan moral kepada anaknya Nurul Ilham Anwar yang disoal polis berhubung penglibatn dalam satu himpunan vigil di Klang 2 tahun lepas.
Ilham memberitahu pemberita dia memilih untuk mendiamkan diri sepanjang 10 minit disoal, dengan berkaya dia hanya akan jawab apabila didakwa di mahkamah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top