Wanita Bertugas 'Hidang Sushi' Di Badan Dakwa Di Cabul Pelanggan


BEIJING: Seorang wanita yang bertugas menyediakan hidangan sushi di badannya di sebuah restoran di utara China mendakwa dicabul pelanggan.

Menurut laporan akhbar China Youth Daily, insiden tersebut berlaku semasa wanita berkenaan bertugas di restoran di Taiyuan di wilayah Shanxi.

Sebuah video dimuat naik di Internet pada Jumaat lalu menunjukkan wanita itu baring di atas meja dengan memakai baju dan seluar pendek, dengan sushi dihidangkan di atas badannya.

Wanita berkenaan mendakwa seorang pelanggan melakukan sesuatu terhadapnya semasa mengambil sushi dari badannya dengan menggunakan penyepit.

Mangsa yang berang kemudian bangun dan bertengkar dengan lelaki itu yang didakwa mencabulnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]