[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PKR: "Bank Negara" Di Gesa Lebih Tegas Menangani Skim Kewangan Haram


SHAH ALAM: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa menguatkuasakan undang-undang tegas terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan haram.
Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong menyifatkan sindiket skim haram itu bagaikan satu ‘virus’ yang sukar untuk dicegah.
Katanya, kegiatan terbabit bukan sahaja beroperasi di bandar tetapi turut menular hampir ke seluruh kawasan luar bandar.
“Adakah undang-undang sedia ada tidak dapat banyak membantu pihak berkuasa bertindak dalam jenayah bentuk baru ini?.
“Ini bagi memastikan penguatkuasaan dan pengawalan dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan.
Leong berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana terdapat ramai pelabur yang sengaja menggalakkan orang ramai untuk menyertai skim haram berkenaan.
“Saya percaya aktiviti skim haram ini akan terus berlaku selagi ada orang yang bersedia untuk menjadi mangsa.
“Oang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya untuk menyertai skim yang menjanjikan pulangan, kadar faedah dan keuntungan tinggi yang tidak munasabah apabila difikirkan,” katanya.
Pada masa sama, beliau yakin BNM sentiasa akan mengemaskini senarai skim pelaburan tidak berlesen bagi memudahkan orang ramai untuk merujuk.
“Permasalahan sebegini hanya akan membantutkan lagi usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat dan maju,” katanya.

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]