pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zaid Ibrahim Dakwa "Dr Mahathir" Layak Jadi PM, Kalau Beliau Mahu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkat...
KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai DAP, bagaimanapun berkata sama ada menerima pelawaan untuk kembali semula memegang jawatan perdana menteri merupakan pilihan Dr Mahathir.
Zaid berkata ramai yang mempertikaikan perpaduan di kalangan parti pembangkang, tetapi dengan adanya Dr Mahathir, ia tidak lagi menjadi kebimbangan.
“Dengan penglibatan Dr Mahathir, kita kini ada calon perdana menteri yang serius, sekiranya beliau mahu.
“Kalau pun beliau tidah mahu menjadi perdana menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu.
“Beliau memiliki kredibiliti untuk membuat keputusan,” kata Zaid.
Menurutnya, penyertaan Dr Mahathir dalam pembangkang bakal menyemarakkan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan.
Zaid berkata Dr Mahathir memilih bersama pembangkang atas kemahuannya sendiri dan bukan kerana hilang jawatan dalam kerajaan seperti ramai bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) lain yang pernah berubah menjadi pembangkang.
“Dr Mahathir secara sukarela berdiri bersama pembangkang, memberikan kepercayaan kepada mereka dan menghilangkan keraguan di kalangan mereka yang berhati-hati terhadap pembangkang.
“Dan beliau bukan berbuat demikian untuk suka-suka atau untuk menjadi hebat,” katanya.
Zaid berkata orang Melayu kini semakin mendekati Pakatan Harapan disebabkan penglibatan Dr Mahathir.
“Inilah kali pertama kita akan saksikan sokongan utama pembangkang datang dari kalangan orang Melayu,” katanya.
Pakatan Harapan dianggotai 4 parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi Dr Mahathir. Tiga parti lain ialah PKR, DAP dan Amanah.
Zaid berkata kesatuan yang ditunjukkan parti berteraskan keahlian orang Melayu seperti Amanah, PPBM dan PKR akan menjadikan orang Melayu penentu pada pilihan raya umum akan datang.
Sabtu lalu, salah seorang pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman, yang bertindak keluar daripada parti itu mempersoalkan Pakatan Harapan yang masih belum muktamad mengenai siapa bakal memimpin kerajaan sekiranya menang pada pilihan raya umum yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2018.
“Rakyat ingin tahu siapa yang benar benar akan dilantik menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan mereka membuat keputusan parti mana yang akan diundi dalam PRU 14,” kata Kamarulzaman.
“Saya berpendapat bahawa jawatan PM merupakan penentu kemenangan,” tambahnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, May 08, 2017 11:00:00 PM

Sudah ler tu Zaid.jangan kau nk Test Market.Mahathir nk buat baik pun kami Rakyat Malaysia dah Menyampah dan Meluat dgn Mahathir .Dialah Punca Segala Kemelut Negara yang disambung Penyangak Lanun yang jadi Penguasa Malaysia sekarang ni.

 
Top