pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zainuddin Maidin: Tidak Mustahil Sekiranya Tun M Jadi PM Semula !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Rakyat boleh menerima Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri walaupun usianya lebih tua daripada Perdan...
PETALING JAYA: Rakyat boleh menerima Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri walaupun usianya lebih tua daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata ini kerana walaupun menjangkau usia 90-an, pemikiran Dr Mahathir jauh lebih segar, dinamik dan sezaman dengan harapan generasi baru.
“Rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan,” tulisnya, sambil berkata Dr Mahathir berjaya melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu.
Antaranya, kata Zainuddin ialah menjalinkan kerjasama dengan DAP melalui penggabungan parti terbaharunya PPBM dalam Pakatan Harapan (PH), dan menjalinkan semula persahabatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim “yang kini meringkuk di dalam penjara kerananya”.
Zam turut berkata Anwar juga tidak kurang licik seperti bekas bosnya itu.
“PAS yang pernah mengkafirkan Umno tiba-tiba bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya selepas menerima ‘petunjuk dan hidayah’ daripada Anwar,” katanya, menyorot kembali usaha Anwar menyatukan pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional.
“Anwar bertindak sebagai moderator untuk interaksi dan dialog antara pelampau agama dan perkauman,” tambah Zam.
Beliau berkata kejayaan Dr Mahathir di gelanggang pembangkang setakat ini menunjukkan tidak mustahil Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri atas tiket PH, sebelum diserahkan kepada Anwar. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top