pahangdaily pahangdaily Author
Title: Badan Peguam Menggesa Peguam Negara 'Minta Maklumat' Tentang DoJ
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Badan Peguam menyeru kerajaan persekutuan untuk tidak mengetepikan atau membebaskan mana-mana orang dibabitkan dalam da...

PETALING JAYA: Badan Peguam menyeru kerajaan persekutuan untuk tidak mengetepikan atau membebaskan mana-mana orang dibabitkan dalam dakwaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan dakwaan penggelapan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Presiden George Varughese berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali wajar menghubungi DoJ meminta maklumat berkaitan dalam saman sivil yang difaikan untuk menyita aset yang dikatakan dibeli dengan dana itu. 

Walaupun dakwaan belum terbukti sebelum keputusan mahkamah AS, ia juga perlu disiasat secara menyeluruh dan objektif demi ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik.

 “Tanpa berbuat demikian, terlalu awal bagi kerajaan untuk mengabaikan tuduhan itu, atau melepaskan mana-mana individu atau syarikat dari sebarang kesalahan,” katanya. “Integriti dan wibawa institusi kewangan dan badan kawal selia di mata rakyat dan antarabangsa bergantung kepada respon kerajaan.” 

Beliau khuatir melihat liputan berita tempatan mengenai saman sivil yang kelihatan “terbungkam” meskipun keterukan perkara itu. Beliau berkata dakwaan yang terkandung dalam dokumen mahkamah DoJ itu membabitkan pegawai 1MDB, keluarga mereka dan rakan, termasuk individu yang digelar “Malaysian Official 1” (MO1). 

“Memandangkan beratnya tuntutan itu, cara saman sivil itu dikecilkan, ditolak, dan dikecam pihak berkuasa, tanpa menangani kekukuhan tuduhan yang dibuat, adalah membimbangkan dan tidak boleh diterima,” kata Varughese dalam kenyataan hari ini.


Pada 16 Jun lalu, Apandi menolak saman terbaru DoJ yang mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset pada 5 Jun. Beliau berkata tindakan itu ulangan tuntutan Julai lalu di mana Washington mahu merampas lebih AS$1 bilion (RM4.28 bilion) berkaitan dana kekayaan berdaulat Malaysia itu. 

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa yang menyiasat 1MDB tidak menyediakan bukti penggelapan dana. “1MDB…menjadi subjek pelbagai siasatan di Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bipartisan. Selepas dikaji, kami mendapati tiada jenayah dilakukan,” katanya, dan menambah siasatan polis masih berjalan. 

Apandi berkata siasatan dijalankan DoJ gagal menyediakan bukti penggelapan dana. Pada 16 Jun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan campurtangan dalam siasatan DoJ kerana ia tindakan sivil. Varughese berkata Badan Peguam sukacita dengan kenyataan Apandi April lalu yang beliau tidak pernah mengarahkan siasatan ke atas 1MDB dihentikan, dan “‘NFA’ (tiada tindakan lanjut) bukan bermakna fail ditutup selama-lamanya, termasuk fail 1MDB”.

 “Memandangkan ada maklumat baru didedahkan saman sivil terbaru DoJ, peguam negara mesti mengambil langkah berhemat dan perlu dengan mengarahkan SPRM meneruskan siasatan ke atas 1MDB,” kata Varughese. 

“Badan Peguam juga menggesa peguam negara segera mendapatkan bantuan DoJ untuk menyediakan semua maklumat berkaitan untuk siasatan ke atas perkara itu.” Varughese berkata saman itu merupakan tindakan terbesar yang pernah dilakukan DoJ di bawah Inisiatif Perolehan Semula Aset Kleptokrasi. “Aset yang kini tertakluk kepada pelucutan hak mencecah hampir AS$1.7 bilion (RM7.29 bilion),” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top