pahangdaily pahangdaily Author
Title: Aksi 'Mesra' Tiga Pemimpin Politik Utama Pahang, Di Iftar Ramadan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Aksi tiga pemimpin politik utama Pahang ketika Majlis Iftar Ramadan di Istana Abdulaziz dekat sini petang semalam berjaya men...

KUANTAN: Aksi tiga pemimpin politik utama Pahang ketika Majlis Iftar Ramadan di Istana Abdulaziz dekat sini petang semalam berjaya mencuit hati sebahagian besar tetamu yang hadir. 

Pemimpin terbabit ialah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS dan Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman. 

Foto mesra ketiga-tiga pemimpin itu telah menjadi viral di media sosial sejak petang semalam. Foto dirakamkan oleh Pengarang Portal DiRaja Pahang, Abdul Rahim Othman (RBO).

Ketiga-tiga pemimpin adalah antara tetamu khas yang diundang ke majlis iftar Ramadan KDYMM Pemangku Raja Pahang dan  KDYTM Tengku Puan Pahang.

Turut menjadi tetamu baginda berdua, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pro Kerajaan dan Pembangkang, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu seluruh Pahang, Pengamal Media dan seramai 190 orang Anak-Anak Yatim Daerah Kuantan.

Apa pun, aksi ketiga-tiga pemimpin di mana Adnan meletakkan tangannya di atas bahu Tuan Ibrahim dan Fauzi menunjukkan kemesaraan yang terserlah, apabila dapat berjumpa pada majlis itu semalam. 

Semoga amalan politik matang akan menyuburkan demokrasi di Pahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi hendaknya. #pdonews

Foto Ehsan: RBO Rahim Othman

Advertisement

Post a Comment

 
Top