pahangdaily pahangdaily Author
Title: Amanah "Cabar" Rahman Dahlan "Ulang Kenyataan" Tentang Siapa MO1
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Amanah hari ini mencabar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengulangi k...
KUALA LUMPUR: Amanah hari ini mencabar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengulangi kenyataannya tahun lalu berhubung isu siapa Malaysian Official 1 (MO1).
Pada 7 Ogos 2016, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, siapa MO1 bukan perkara misteri dan hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu.
Cabaran itu dibuat Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub susulan saman terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai siapa MO1.
“Sekarang kita nak cabar beliau di atas pendedahan terbaru DoJ ini, adakah sekali lagi Rahman Dahlan berani menyatakan orang itu adalah Najib.
“Beliau juga seorang anggota Kabinet yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakan salah laku dalam urus tadbir negara yang sangat besar kesannya.
“Dengan liputan antarabangsa hari ini, isu tersebut tidak boleh dibiarkan dengan hanya membisu dan mengelak soalan daripada wartawan kerana ia memberi kesan kepada maruah rakyat negara kita..
“Sikap membisu ini tidak boleh memberi apa-apa faedah dan keuntungan, pihak yang terlibat harus memberikan satu jawapan dalam isu ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.
Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan untuk merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan mewah, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi.
DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Dokumen lebih 250 muka surat itu turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1 berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai 2016, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top