pahangdaily pahangdaily Author
Title: Andansura: Sambung Moratorium Baukist, Tidak Selesaikan Masalah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, Andansura Rabu mendakwa p enyambungan lagi tempoh moratorium bauksit jika diputusk...

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, Andansura Rabu mendakwa penyambungan lagi tempoh moratorium bauksit jika diputuskan begitu oleh pihak kerajaan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah.
Beliau berkataka, pihak kerajaan perlu berani bertindak secara telus dan muktamad samada aktiviti bauksit diberhentikan atau diteruskan.
"Masalah kesesakan dipintu utara Pelabuhan Kuantan hari ini semakin kritikal akibat daripada pemeriksaan lori-lori menggangkut bauksit untukk masuk ke pelabuhan", katanya.
"Keadaan menjadi lebih buruk apabila banyak pengguna jalanraya lain terpaksa sama beratur panjang di belakang lori-lori ini apabila kerja-kerja membina jalan baru sedang berjalan."
"Debu-debu yang terhasil disepanjang laluan LPT selepas susur keluar Jabor juga semakin meruncing apabila lori-lori bauksit melalui kawasan tersebut.", tambahnya lagi.
Beliau turut menyarankan pihak kerajaan bersemuka dengan semua pihak yang terlibat termasuk wakil-wakil penduduk untuk menjelaskan halatuju sebenar aktivit perlombongan bauksit ini.
Hentikan serta merta segala aktiviti sehingga semua pihak diberikan penjelasan yang telus. Dibimbangi jika lanjutan tempoh moratorium akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untukk meneruskan aktiviti lombong haram, kata kenyataannya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top