pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azalina "Minta Rakyat" Agar Tidak Panik Dengan Isu Kes Saman DoJ !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BANGI: Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Develo...

BANGI: Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Azalina kesal sesetengah pihak mudah percaya dengan apa saja yang didakwa. “Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu itu selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman hari ini.

DoJ mengemukakan saman sivil kedua baru-baru ini bagi mendapatkan semula aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. Azalina berkata setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia. 

“Bagi saya DoJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil. “Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top