pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Bayar Hutang Dahulu', Isa Samad Beritahu Aktivis Yang Kritik Felda !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tan Sri Isa Samad hari ini mempersoalkan kritikan terhadapnya oleh Mazlan Aliman, sambil menuntutnya membayar hutang sama...
KUALA LUMPUR: Tan Sri Isa Samad hari ini mempersoalkan kritikan terhadapnya oleh Mazlan Aliman, sambil menuntutnya membayar hutang saman kepada Felda.
Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV) itu berkata Mazlan, yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang memperjuangkan isu peneroka Felda, tidak layak diberikan respon.
“Dia sudah bayar ke hutang kita? Kalau belum, bayarlah dulu. Saya tak tahu dia dah bayar ke belum.
“Orang yang membangkang ini kita tak boleh respon sangat. Dia pun tak betul,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program di Dewan Bankuet Menara Felda.
Mazlan sebelum ini menyifatkan Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif FGV yang diarahkan bercuti Selasa lalu, sebagai mangsa terbaru Isa.
Menurutnya, Isa ketika menjadi pengerusi Felda bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu, Datuk Zulkifli Abdul Wahab.
Katanya, Isa juga turut memangsakan pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad sehingga beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.
Isa berkata serangan pembangkang terhadapnya tidak boleh dijadikan ukuran dan diambil pandangan mereka.
Katanya, Felda akan tetap disalahkan pembangkang sama ada mengambil tindakan atau tidak.
Pada 29 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengarahkan Mazlan dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise membayar Felda RM350,000 selepas didapati bersalah dalam saman fitnah melalui buku yang diterbitkan pada 2008. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top