pahangdaily pahangdaily Author
Title: DAP: Laporan DoJ, Hujah Campur Tangan Negara Asing Tidak Kena !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Seorang pemimpin pembangkang mempersoalkan hujah beberapa menteri yang menyifatkan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Sya...
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pembangkang mempersoalkan hujah beberapa menteri yang menyifatkan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai salah laku dalam 1MDB sebagai campurtangan asing, sambil mengingatkan beberapa tindakan Malaysia yang juga boleh dikategorikan sebagai campurtangan.
“Malaysia pernah menghantar pasukan tentera ke Yaman, Arab Saudi dan Somalia. Campurtangan ketenteraan seperti ini boleh diterima, tetapi tindakan mahkamah Amerika Syarikat (AS) membantu mengembalikan dana yang dicuri daripada rakyat Malaysia tidak boleh pula,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
“Logik jenis apa ini menteri komunikasi?” soalnya menjawab komen Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Sebelum ini, Salleh dilaporkan berkata saman sivil di AS itu adalah satu bentuk campurtangan terhadap hal ehwal negara kerana sebahagian besar aduan DoJ tersebut mengenai isu yang berlaku di Malaysia dan bukannya di AS.
“Saya minta Salleh menjelaskan ada berapa muka surat daripada saman sivil DOJ itu memperkatakan tentang kesalahan yang terjadi di dalam negara,” katanya.
Minggu lepas, DoJ memfailkan permohonan untuk merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 250 muka surat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Selain Salleh, Adun DAP itu juga mempersoalkan 2 lagi menteri Umno yang turut mempersoalkan saman sivil DoJ.
Beliau membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata rakyat Malaysia berhak mengetahui pengadu yang melaporkan kepada DOJ mengenai aset berkaitan dengan 1MDB.
“Rahman mengesyaki pengadu tersebut adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda jahat mahu menumbangkan kerajaan Najib.
“Saya minta Rahman menunjukkan di muka surat mana dalam saman DOJ terbabit yang menyebut tentang agenda tersebut.”
Lim berkata Rahman sepatutnya mengarahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghantar nota protes kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur sekiranya beliau ada bukti agenda menggulingkan kerajaan terkandung dalam saman sivil terbabit.
“Soal siapa yang membuat aduan kepada DOJ dalam hal skandal 1MDB, pihak FBI telah mengumumkannya dalam sidang media Julai tahun lalu di mana DOJ adalah pengadunya.
“Dia mesti memohon maaf kerana celupar kecuali dia mempunyai bukti menyokong dakwaannya.”
Lim turut mengkritik Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencabar DOJ melakukan pendakwaan jika mereka mempunyai bukti Najib melakukan kesalahan.
“Hishammuddin kata jika DOJ tidak membuat pendakwaan, ia hanya akan merosakkan kredibiliti dan mereka yang dituduh tidak berpeluang untuk membersihkan nama mereka.
“Prosedur undang-undang AS di bawah inisiatif itu adalah saman sivil melucutkan hak bagi mengembalikan aset terkait 1MDB yang dicuri kepada rakyat dan plaintif dalam saman terbabit adalah DoJ,” kata Lim. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top