pahangdaily pahangdaily Author
Title: DAP Gesa Kerajaan 'Menubuhkan' RCI Siasat Skandal FGV Dan Felda !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PAGOH: DAP menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraya (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian berbilion ringgit yang ditanggung Felda Global...

PAGOH: DAP menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraya (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian berbilion ringgit yang ditanggung Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau bersependapat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pelantikan bekas Menteri UMNO, Datuk Seri Idris Jala bagi menyiasat kemelut itu adalah tidak memadai.

Katanya, pelantikan Idris Jala adalah tidak mencukupi bukan sahaja kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada kabinet BN, malahan bidang tugas siasatan yang diberikan kepadanya tidak cukup komprehensif.

“Percakaran terbuka antara Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad mendedahkan bahawa sesuatu yang teruk telah berlaku dalam FELDA dan FGV untuk tempoh masa yang lama, sepanjang lima tahun.

“Dan persoalannya ialah mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap FELDA, tidak sedar mengenai skandal dan perkara yang tidak kena berkenaan.

“Malah mengapa dia tidak melakukan sesuatu bagi memastikan FELDA dan FGV tidak menanggung kerugian puluhan bilion ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut berasa hairan bagaimana FGV yang merupakan pengendali ladang terbesar dunia dengan lebih 2 juta ekar kelapa sawit di Malaysia dan di beberapa negara lain menanggung kerugian yang begitu teruk.

Sejak penubuhannya lima tahun lepas, FGV kerugian RM10 bilion, dengan nilai sahamnya menjunam ke paras RM1.72 seunit berbanding RM4.55 seunit sejak ia pertama kali disenaraikan di papan Bursa Saham Malaysia.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Sharir Abdul Samad dilaporkan akan bertemu Najib Razak esok bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut FGV.

“Adakah Shahrir akan menyokong cadangan supaya RCI ditubuhkan dan mengemukakannya kepada perdana menteri dalam pertemuannya esok bagi membincangkan masa depan FGV?” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top