pahangdaily pahangdaily Author
Title: Duta Malaysia Di Chile Di Belasah, Hampir Di Tikam Oleh Perompak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: “Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya,” kata Duta Besar Malaysia ke Chile, Dat...
KUALA LUMPUR: “Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya,” kata Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, 48, menceritakan saat getir dialaminya ketika kediaman rasminya di Las Condes, Santiago, dipecah masuk pada Isnin.
Beliau berkata, keluarganya mengalami trauma melampau akibat kejadian itu, termasuk isterinya yang terpaksa mendapatkan bantuan perubatan kerana hampir mengalami serangan jantung akibat kesukaran bernafas.
“Isteri saya diugut…mulut, tangan dan kakinya diikat dan ditiarap. Sangat menyedihkan apabila tangan dan kaki anak-anak saya juga diikat kecuali anak lelaki sulung.
“Lima anak saya tidur bersama saya dan isteri pada hari kejadian di bilik utama. Perompak cuba mengumpil bilik anak lelaki saya berumur 14 tahun yang tidur di bilik atas, tetapi tidak berjaya.
“Badan saya masih sakit-sakit dan lemah akibat dipukul. Pada masa kejadian berlaku, saya berfikir kalau mati…matilah,” katanya dalam keadaan sebak ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, akibat kejadian tersebut, 2 anak kecilnya mengalami demam panas dan beliau sendiri terpaksa dimasukkan ke hospital selama 3 jam.
Bagaimanapun, Rameez bersyukur ahli keluarganya selamat.
“Telefon yang diguna pada masa ini dijumpai polis di kawasan sekolah berhampiran kediaman saya,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.
Rameez memaklumkan beliau akan pulang ke Malaysia minggu depan selama 4 hari dan akan bertemu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, perompak berkenaan melarikan wang, barangan berharga termasuk barang kemas yang bernilai RM60,000 hingga RM100,000.
“Barangan peribadi yang hilang termasuk beg tangan, jam tangan, cincin perkahwinan dan barang kemas pemberian arwah ibu,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top