pahangdaily pahangdaily Author
Title: FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tidak melengahkan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam Fel...

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tidak melengahkan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) seperti dilaporkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Arshad.

Pengerusi Biro Felda dan Perladangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pergolakan dalaman FGV yang turut membabitkan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah peluang terbaik membersihkan FGV dan mengembalikan hak peneroka felda.

“Saya amat terkesan dengan kenyataan Zakaria yang meminta SPRM menyiasat perkara ini kerana ia menujukkan sesuatu yang serius. SPRM jangan berlengah.

“Saya harap SPRM jangan berdalih kerana saya percaya badan itu mempunyai bukti dan sebagai Pengerusi Biro Felda yang sebelumnya memegang Pasukan Khas Felda Selangor, saya minta supaya kedua tokoh ini memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat,” katanya.

Katanya, penjelasan itu perlu dibuat khususnya kepada peneroka felda yang mempunyai kesan signifikan dengan perkembangan FGV, terutama apabila saham FGV jatuh merudum.

Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Isa juga perlu meletak jawatan apabila berlaku salah urus tadbir korporat syarikat itu.

“Ini padahnya apabila lantik orang yang pernah terpalit dengan skandal politik wang.

“Isa Samad sepatutnya berhenti lama sebelum ini tetapi diberikan peluang sekali lagi dan apabila terdapat salah urus tadbir korporat, maka sewajarnya pengerusi FGV meletak jawatan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top