pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isa 'Ada Isu', Para Pengusaha Teksi Tidak Senang Dengan Boss Baharu SPAD
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dua persatuan pemandu teksi bimbang dengan kemasukan Tan Sri Isa Samad ke dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPA...
PETALING JAYA: Dua persatuan pemandu teksi bimbang dengan kemasukan Tan Sri Isa Samad ke dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan berkata masa depan gelap menanti 70,000 pemandu teksi.
Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) berkata SPAD seharusnya dipimpin individu yang tidak terlibat dalam kancah politik dan bebas daripada tuduhan salah laku.
“Berdasarkan apa yang sedang dihadapai Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, saya rasa ini satu keadaan yang sangat-sangat tidak baik, bukan sahaja kepada SPAD malah kepada semua pemain industri,” kata Timbalan Pengerusi PERS1M, Kamarudin Mohd Hussain kepada FMT.
“Apabila beliau letak jawatan serta merta ketika syarikat FGV hadapi masalah dan meloncat ke SPAD, ini layak saya katakan suatu sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada FMT, hari ini.
Semalam, Isa, yang terlibat dengan kemelut dalaman Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD, menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lalu.
Ia selepas jawatan Isa sebagai pengerusi FGV digantikan dengan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Isa sebelum ini terlibat dalam pertelingkahan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, yang kini bercuti sementara FGV disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kamaruddin menganggap tindakan membenarkan Isa “meloncat ke SPAD” sebagai sikap “tidak bertanggungjawab”.
“Sepatutnya letak jawatan, rehatlah dulu sehingga isu FGV selesai, bukannya bawa masalah ke SPAD pula,” katanya yang melahirkan kebimbangan dengan kebajikan seramai 70,000 pemandu teksi seluruh negara.
Sebuah firma teksi Big Blue Taxi berpendapat pelantikan Isa tidak akan membawa perubahan kepada SPAD dan industri teksi.
“Dia (Isa) sudah diberikan tugas untuk memimpin Felda dan prestasinya sangat teruk. Dia gagal bangunkan Felda, jadi apa kemungkinan untuk prestasi sama tidak berulang?” kata penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail.
Sebaliknya, Shamsubahrin menawarkan dirinya sebagai pengerusi SPAD kerana lebih arif mengenai isu di dalam suruhanjaya itu.
“Isa ada isu dengan SPRM, sama seperti saya juga ada isu dengan SPRM. Lebih baik lantik saya sebagai pengerusi, kerana saya banyak libatkan diri dalam isu pengangkutan awam.
“Apa beza saya dan Isa? Malah, beberapa pandangan saya sendiri diambil dan diterima kerajaan. Pelantikan Isa adalah langkah dan keputusan yang silap,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top