pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isa Samad Alu-Alukan Pihak SPRM Jalankan Audit Dalaman Terhadap FGV
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Tan Sri Isa Samad berkata Felda Global Ventures Bhd (FGV) sedang menjalankan siasatan audit dalaman mengenai dakwaan sala...
KUALA LUMPUR: Tan Sri Isa Samad berkata Felda Global Ventures Bhd (FGV) sedang menjalankan siasatan audit dalaman mengenai dakwaan salah laku urusniaga membabitkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Datuk Zakaria Arshad.
Pengerusi FGV itu berkata, siasatan dalaman awal mendapati terdapat urusniaga yang tidak betul dibuat oleh Zakaria, yang diarahkan bercuti hari ini.
Isa turut menafikan Lembaga Pengarah cuba melindungi kesalahan dengan mengarahkan Zakaria meletak jawatan.
“Tapi nampaknya dia dah ‘jump the gun’ membuat kenyataan dan sebagainya. Kita pun tak suruh dia berhenti, itu pandangan lembaga (bercuti) yang tak mahu jejaskan nama baik FGV,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Zakaria dilaporkan enggan meletak jawatan, dan hari ini diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta.
Arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Afghanistan bernama Safitex, bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Isa berkata pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diperlukan.
“Terserah kepada SPRM nak masuk (siasatan), masuklah kita tak ada masalah. Buat masa ini kita cuma mengiyakan siasatan audit dalaman.
“Siapa boleh tandingi kalau SPRM nak masuk? Kita nampak ada kesilapan, sebab itu kita buat siasatan supaya lebih jelas,” katanya.
Isa pada masa sama turut ditanya mengenai dakwaan Zakaria ada tangan-tangan ajaib berhubung dokumen FGV.
“Dia patut lapor pada SPRM kalau dia rasa tak betul. SPRM ni kalau hantar surat layang pun, dapat siasat.”
Isa berkata tindakan merehatkan Zakaria sebagai “amalan biasa” sementara siasatan dijalankan padanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top