pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa ja...
PETALING JAYA: Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.
Peletakan jawatan itu diumumkan dalam dokumen difailkan di Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, Isa “berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya”.
Isa yang dilantik sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas FGV mulai 1 Januari 2011, kini memangku tugas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan selepas persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar pada 3 Jun lalu.
Peletakan jawatan Isa selepas spekulasi pelantikan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang mempunyai 4 dekad pengalaman termasuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bernama memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai mengumumkan Sulaiman sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa.
Perletakan jawatan Isa juga di sebalik kemelut dihadapi syarikat gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Isa, yang dilantik mengetuai FGV pada 2011, sebelum ini terlibat dalam pertelagahan terbuka dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.
Najib dipetik Bernama sebagai berkata, kedudukan Zakaria akan ditentukan Lembaga Pengarah FGV selepas semua siasatan selesai. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top