pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jenayah: "36 Penuntut" Di Tahan, Bantu Kes Bunuh Pegawai Kadet !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan insiden bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemu...

SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan insiden bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, 32 penuntut adalah mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), manakala empat lagi mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Katanya, semua suspek berusia antara 20 tahun dan 21 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.
“Malam tadi, mangsa yang juga pelajar tahun akhir disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang.
“Terdahulu, mangsa yang berusia 21 tahun dihantar beberapa rakan ke hospital itu selepas mengalami kecederaan, termasuk melecur dan lebam di badan,” katanya dalam kenyataan, lapor BH Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, June 02, 2017 6:14:00 PM

Harap harap semua 36 ekor Manusia yang terlibat membunuh Anak harapan ibubapanye DiHUKUM KE TALI GANTUNG.BIOR SAMA SAMA MATI ANAK DARI MATI ADAT hehehe

 
Top