pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Juruterbang" Malaysia Di Penjara 13 Tahun, Rogol Wanita Pada 1996
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang juruterbang Malaysia yang merogol seorang wanita di Perth 21 tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun, lapor ...
PETALING JAYA: Seorang juruterbang Malaysia yang merogol seorang wanita di Perth 21 tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun, lapor media Australia hari ini.
Alfred Gerard Eravelly ditahan tahun lepas di Australia, 20 tahun selepas jenayah yang dilakukannya ketika dia berada di sana sebagai pelajar penerbangan.
Kini dia perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 11 tahun.
Mahkamah pada 11 April tahun ini mendapati dia bersalah atas tuduhan seksual dan rompakan.
Mahkamah sebelum ini mendengar bagaimana Eravelly, yang memakai sarung kaki di kepalanya, memecah masuk ke rumah mangsa di Scarborough pada awal 9 Mac 1996, mengikat mangsa sebelum menyerang dan merogolnya berkali-kali dengan mengacukan pisau. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top