pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan Sarawak "Umum" Keluar Lembaga Pelancongan Putrajaya !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, sehari selepas kenyataa...
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, sehari selepas kenyataan menteri pelancongan yang membidas seorang menteri negeri kerana mempersoalkan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Julai ini.

“Kerajaan negeri menganggap penyertaan wakil dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranan dan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini.
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membidas Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas menteri Sarawak itu menggesa Putrajaya menangguhkan cukai pelancongan, yang bakal mewajibkan hotel di seluruh negara mengenakan bayaran antara RM2.50 dan RM20 untuk semalam penginapan.
“Anda tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri semalam yang menyifatkan Karim “setahun jagung”.
Kenyataan Nazri mengundang reaksi tajam daripada ahli politik di kedua belah.
Adun PKR, See Chee How mempersoal bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan industri pelancongan, manakala pemimpin Pemuda Barisan Nasional (BN) menegur Nazri kerana kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan BN. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top