pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemuda PKR Buat "Laporan Polis", Minta Shafee Berehat Jadi Peguam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PKR hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan dakwaan peguam itu menerima RM9.5 jut...
KUALA LUMPUR: PKR hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan dakwaan peguam itu menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis segera membuat siasatan.
Beliau pada masa sama mendesak Shafee berehat serta-merta daripada menjalankan tugas seorang peguam, termasuk dalam kesnya mewakili Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM100 juta.
“Saya rasa itu tindakan terbaik sebab kalau dia tidak berhenti pun, dia dah banyak kali cuti sakit, jadi mungkin lagi baik dia berehat sementara siasatan dilaksanakan,” katanya, sambil berkata Shafee perlu memberi laluan kepada peguam lain mewakili Khairy.
Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Shafee, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Anwar yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.
ortal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.
Kerajaan sebelum ini berkata Shafee dibayar hanya RM1,000 atas khidmatnya dalam kes Anwar.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB. Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.
Nik Nazmi dalam laporan polisnya antaranya mahu polis menyiasat hubungan antara Najib dengan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar Najib melalui akaun sendiri, seperti didakwa Sarawak Report.
Beliau berkata Pemuda PKR akan menggunakan alternatif lain termasuk mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam melakukan siasatan memandangkan Najib dan Shafee enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tersebut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top