pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kit Siang: Adakah Isteri MO1 Akan Ikut Jejak Leonardo Dan Miranda?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Selepas selebriti terkenal, Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr memulangkan kembali aset berkaitan 1Malaysia Development ...

PETALING JAYA: Selepas selebriti terkenal, Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr memulangkan kembali aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan dolar, Lim Kit Siang menyoal adakah isteri “Malaysian Official 1” (MO1) akan melakukan perkara sama. 

“Selepas pelakon Amerika Syarikat Leonardo DiCaprio dan supermodel Australia Miranda Kerr menyerahkan hadiah berkaitan 1MDB bernilai jutaan dolar daripada Jho Low kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) AS, kini mata semua tertumpu kepada isteri MO1,” kata pemimpin DAP itu dalam kenyataan hari ini.

 Beliau bertanya sama ada “isteri MO1” akan mencontohi Leonardo dan Miranda dan memyerahkan “semua hadiah barang kemas bernilai jutaan dolar daripada Jho Low yang dilencongkan dan digelapkan dari dana 1MDB” kepada pihak berkuasa AS. 

Pertanyaan beliau itu merujuk laporan hari ini di mana Miranda menyerahkan barang berharga AS$8.1 juta (RM35 juta) yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB kepada DoJ. 

Menurut The Wall Street Journal, Miranda memindahkan hadiah itu kepada ejen kerajaan Jumaat lepas dan mengulangi niatnya untuk bekerjasama dengan siasatan DoJ dalam apa jua cara yang boleh. Langkah Miranda itu menyusuli tindakan Leonardo 16 Jun lalu, yang menyerahkan trofi Oscar dimenangi Marlon Brando kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan pengubahan wang dikaitkan dengan dana 1MDB.


Wakil Leonardo berkata pelakon itu turut memulangkan barangan lain yang tidak dinyatakan yang diberikan kepadanya sebagai hadiah untuk lelongan amal dan berasal daripada orang dikaitkan dengan 1MDB. 

Pemulangan itu dilakukan selepas berita 15 Jun lalu di mana DoJ berusaha mendapatkan semula aset bernilai AS$540 juta termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dikatakan dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB. Jumlah keseluruhan yang dikehendaki oleh DoJ ialah US$1.8 bilion. 

Barangan yang disebutkan dalam tuntutan DoJ termasuk kondominium di Park Avenue, barang kemas berlian, saham pengusaha kelab kesihatan Fly Wheel Sports Inc., lukisan Pablo Picasso dan hak ke atas filem “Dumber and Dumber To”. 

Saman DoJ menambah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low membeli kalung berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta untuk isteri MO1 menggunakan sumber dana yang sama. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top