pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kontroversi Isu FGV: Kerajaan Kini Lantik Idris Jala Cari Penyelesaian
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan ketua pegawai eksekutif, ket...
KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan 2 yang lain oleh Lembaga Pengarah.
Idris yang juga presiden dan ketua pegawai eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd diminta meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha untuk bercuti.
Turut diminta berbuat perkara sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim.
Pejabat Perdana Menteri hari ini dalam satu kenyataan berkata, pihak relevan bersetuju dengan pelantikan Idris.
Mereka yang dirujuk ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli.
Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34% pegangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top