pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Guan Eng Dakwa Kabinet Era Dr Mahathir Juga Perlu Jawab RCI Forex
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengalu-alulan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian Bank Negara ...

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengalu-alulan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an. 

Beliau berkata RCI ke atas isu sangat dialu-alukan tetapi menggesa “tanggungjawab bersama” di pihak terlibat. Kabinet semalam mengumumkan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian BNM akibat forex pada 1990-an, berbetulan dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir kini Pengerusi PPBM, salah satu parti komponen Pakatan Harapan, dan pengkritik lantang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. 

“Saya tidak bantah RCI itu, tetapi ayuh kita lakukan siasatan secara adil. Semua ahli jemaah menteri dan ketua bank pusat ketika itu perlu dipanggil. “Mereka mesti pikul tanggungjawab bersama. Pastikan gabenor Bank Negara dan timbalannya dipanggil memberi keterangan ke RCI,” kata Lim di Komtar hari ini.

Beliau berharap kerajaan persekutuan akan berlaku adil dan juga akan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu lain. Antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan jualan tanah Perda di Pulau Pinang. “RCI ke atas isu lain perlu dibenarkan bagi menunjukkan RCI ke atas kerugian forex itu bukan kerana dendam terhadap bekas Perdana Menteri. 

“Jika tidak ia akan dilihat sebagai cubaan untuk memburukkan nama Dr Mahathir, bermotifkan dendam politik dan menutup mata ke atas isu rasuah lebih besar di sekeliling kita. “Ini usaha terdesak untuk mengalihkan perhatian kita dengaan retorik ke atas isu yang berlaku 25 tahun dulu. Apapun, kita alu-alukan RCI itu.” Lim berharap RCI ke atas 1MDB akan dipercepatkan demi kepentingan rakyat. “Adakah kita perlu 25 tahun lagi untuk RCI ke atas 1MDB?” 

Pasukan petugas khas ditubuhkan pada 15 Februari dan dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negraa Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Ia ditubuhkan untuk menyiasat kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) yang ditanggung BNM akibat dagangan mata wang asing antara 1991 dan 1993. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top