pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Lombong Emas Haram", Pakatan Syak Wujudnya Salah Guna Kuasa
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH:  Pakatan Harapan Pahang menggesa siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) aktiviti perlombongan emas h...

TEMERLOH: Pakatan Harapan Pahang menggesa siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) aktiviti perlombongan emas haram di Hutan Simpan Lakum seperti didedahkan Sinar Harian, minggu lalu.

Aduan mengenai perkara itu dilaporkan kepada SPRM Cawangan Temerloh pada 9 Jun lalu, susulan laporan mengenai kejadian perlombongan emas haram itu.

Seramai enam wakil Adun dan pemimpin Pakatan Harapan Temerloh tampil melaporkan perkara itu kepada SPRM Cawangan Temerloh.

Sementara itu Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, Pakatan Harapan mengesyaki wujud salah guna kuasa sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan itu.

“Kami mendesak SPRM menyiasat kes ini tanpa campur tangan pihak politik lebih-lebih lagi ianya melibatkan Hutan Simpan dan tempat pelancongan,” katanya.

Perlombongan emas secara haram di Hutan Simpan Lakum seperti didedahkan Sinar Harian baru-baru ini bukanlah pertama kali dibangkitkan kepada umum.

Perkara itu pernah disuarakan Tengku Zulpuri Shah dalam Sidang Dun Pahang pada 17 Mei tahun lalu, menggesa supaya siasatan dijalankan.

Mengulas mengenainya, Tengku Zulpuri berkata, walaupun isu berkenaan didedahkan sejak tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top