pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahkamah Menolak Permohonan Qazaf "Anwar Terhadap Shafee" Abdullah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim u...
SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.
Pada 7 November tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang pada 27 Oktober tahun lepas menolak permohonannya untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Muhammad Shafee kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.
Ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu di Mahkamah Rayuan Syariah, Md Yusup berkata bahawa tuduhan meliwat tidak terpakai dalam kes qazaf itu mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana peruntukan itu hanya terhad kepada kes pertuduhan zina.
“Berdasarkan Seksyen 2 enakmen berkenaan, perkataan ‘zina’ ditafsirkan sebagai persetubuhan di antara lelaki dan perempuan manakala perkataan ‘liwat’ tidak disebut atau ditafsirkan dalam enakmen berkenaan.”
Justeru itu, beliau meminta badan perundangan negeri meminda Seksyen 36 enakmen tersebut berikutan semakin banyak perbuatan menuduh orang lain melakukan liwat selain pindaan itu kelak membolehkan individu yang menuduh orang lain meliwat dituduh di mahkamah syariah.
Md Yusup berkata mahkamah turut mendapati Anwar melanggar Seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (Negeri Selangor) 2003 apabila gagal mengemukakan kewujudan arahan daripada ketua hakim syarie supaya Mahkamah Tinggi Syariah mendengar aduannya.
Beliau berkata ini kerana undang-undang jelas menetapkan orang awam atau preman yang membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama berhubung kesalahan tidak boleh tangkap, hanya akan dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah terlebih dahulu.
Md Yusup berkata pengadu kemudiannya membuat aduan kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut prosedur “Aduan kepada Hakim” seperti yang dinyatakan mengikut Seksyen 74 hingga 77 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Walaupun Seksyen 74 enakmen berkenaan menyatakan perkataan “hakim” secara umum dan menimbulkan kekeliruan namun, mahkamah berpendapat “hakim” yang dirujuk itu adalah Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
“Prosiding ‘aduan kepada hakim’ adalah merujuk kepada Seksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut maklumat berkaitan kesalahan tidak boleh tangkap hendaklah dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.
Anwar memfailkan aduan qazaf di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 26 Jun tahun lepas menerusi isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.
Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan undang-undang.
Dalam aduan itu, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Februari 2015.
Menurut aduan berkenaan, mazhab Syafi’l berpandangan kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa 4 orang saksi merupakan satu jenayah qazaf. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top