pahangdaily pahangdaily Author
Title: Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai "RM35 Juta" Kepada DoJ
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Model Miranda Kerr menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syar...

KUALA LUMPUR: Model Miranda Kerr menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Ini berikutan tuntutan DoJ dalam saman sivil yang difailkan di AS berhubung barang kemas, yang diberikan kepada Miranda oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, didakwa dibeli dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digelapkan. 

Satu laporan di Australia memetik jurucakap Kerr sebagai berkata model itu menyerahkan barang kemas tersebut kepada ejen kerajaan Jumaat lepas dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles. “Sejak siasatan bermula, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barang kemas itu kepada kerajaan. 

Beliau akan terus membantu siasatan dengan apa jua cara yang boleh, “katanya. Miranda bukan defendan dalam tuntutan saman sivil itu. Laporan itu berkata DoJ enggan mengulas mengenai pemulangan barang kemas itu.

DoJ memfailkan saman sivil tahun lepas dan awal bulan ini, menuntut aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Barang kemas yang diserahkan Kerr antara aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang dikehendaki DoJ. Laporan Australia mengatakan Miranda, seorang warga Australia, bertemu janji dengan Jho Low selama 1 tahun pada 2014. 

Dalam tempoh tersebut, Jho Low menghadiahkan Kerr 4 barang kemas. DoJ memperincikan barang kemas yang diberikan kepada Kerr, dan bagaimana ia berkaitan dengan dana 1MDB. Antara barang kemas itu ialah loket berlian 11.72 karat berbentuk hati, yang dibeli dari penjual barang kemas terkenal Lorraine Schwartz dan loket berlian 8.88 karat. 

Bulan lalu Miranda berkahwin dengan pengasas bersama Snap Evan Spiegel. Sementara itu, Leonardo DiCaprio menyerahkan karya seni yang dihadiahkan Jho Low, yang menurut DoJ dibeli dengan wang yang digelapkan dari 1MDB. DoJ juga berkata isteri “Malaysian Official 1” (MO1) menerima 27 barang kemas, termasuk loket berlian merah jambu 22 karat dan kalung, yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang digelapkan. 

Beberapa NGO dan parti politik pembangkang menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat dakwaan itu. 1MDB menafikan sebarang salah laku. Laporan itu menambah 1MDB berkata ia tidak menemui sebarang bukti wangnya digelapkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top