pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nahas: Maahad Tahfiz Al-Hashimi Nafi "Pemandu Van" Tiada Lesen !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim menafikan dakwaan pemandu van yang membawa pelajar yang terbabit d...
PETALING JAYA: Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim menafikan dakwaan pemandu van yang membawa pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Telekong dekat Kuala Krai, Kelantan semalam tidak mempunyai lesen memandu.

Beliau berkata, pihaknya cukup menitikberatkan soal peraturan dan sama sekali tidak akan membiarkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.
Bagaimanapun beliau memberitahu, salah seorang daripada guru pengiring pelajar tersebut tidak mempunyai lesen memandu.
“Memang dalam 2 guru pengiring tersebut salah seorangnya tidak ada lesen, tetapi yang memandu pada hari itu (semalam) mempunyai lesen,” kata beliau dipetik Utusan Online.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj dilaporkan berkata pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen.
Zulkarnain berkata, hasil siasatan awal menunjukkan van jenis Maxus V80 Westar yang dinaiki 14 mangsa dari arah bandar Kuala Krai menghala ke Kota Bharu memotong sebuah kereta di hadapannya sebelum gagal mengawal kenderaan dan terbabas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam itu, 7 pelajar maut manakala 7 lagi parah selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Telekong. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top