pahangdaily pahangdaily Author
Title: PM Bangga Dapat Penghormatan Berucap Di Sidang Dengan Trump
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Malaysia merupakan antara 5 daripada 51 negara yang diberikan penghormatan untuk beru...
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Malaysia merupakan antara 5 daripada 51 negara yang diberikan penghormatan untuk berucap pada sidang bersama Presiden Donald Trump baru-baru ini.

Najib menceritakan pengalamannya menghadiri Sidang Kemuncak bersama Pemimpin Islam Dunia dan Trump di Riyadh, Mei lalu di mana Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan ucaptama bagi pihak Malaysia, lapor Bernama.
Najib merupakan antara pemimpin termasuk Raja Salman dan Trump yang berucap pada persidangan bersejarah mengenai keselamatan dan usaha memerangi keganasan.
Najib hari ini berkata Malaysia dapat melahirkan momentum yang perlu diteruskan demi untuk kejayaan negara pada masa akan datang.
“Saya nak momentum ini. Kita telah melahirkan momentum ini, jadi kita perlu terus membina (kejayaan) melalui momentum ini,” katanya dipetik Bernama pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.
Menurutnya, Malaysia perlu memenangi perang ideologi terhadap keganasan dan tidak hanya bergantung kepada peralatan atau pasukan keselamatan.
“Tetapi lebih kepada kita mahu memenangi perang ideologi adalah untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya, apakah tuntutan Islam pada kita,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top