pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Idris Jala sudah menyiapkan laporan berkaitan arahan cuti paksa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepad...
PUTRAJAYA: Datuk Seri Idris Jala sudah menyiapkan laporan berkaitan arahan cuti paksa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada 4 pegawai kanan syarikat susulan siasatan salah laku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Seterusnya, beliau meminta bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu untuk melihat beberapa langkah dan pilihan lain yang boleh diambil berhubung perkara itu.
“Laporan telah siap tetapi saya mahu beliau melihat beberapa langkah dan pilihan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2017 di kementerian kewangan hari ini.
Najib menambah kerajaan sementara itu sedang “meneliti segala fakta dan keputusan yang sebaik-baiknya” berdasarkan kepada 3 prinsip utama iaitu “mematuhi undang-undang syarikat, selaras urus tadbir baik dan proses siasatan yang adil”.
Pada 7 Jun lepas, pejabat perdana menteri mengumumkan pelantikan Idris sebagai pihak tidak berkepentingan untuk mengemukakan bukti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian kepada kemelut akibat keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading Ahmad Salman Omar.
Menurut FGV, arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Afghanistan, Safitex, kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dilaporkan berkata siasatan awal FGV mendapati wujud salah laku dan tidak mengikut tatacara berkaitan isu tunggakan bayaran itu. Zakaria menafikan salah laku di pihaknya, dan dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan kepada jabatan yang mengendalikan pemerolehan dalam FGV.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Samad berkata kemelut antara Isa dan Zakaria berpotensi menjejaskan penerima serta sentimen pasaran.
Perdana Menteri baru-baru ini dilaporkan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top