pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib: "Tindakan Tegas", Bakal Di Ambil Ke Atas Kematian Nhaveen
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil berikutan kematian T Nhaveen, ...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil berikutan kematian T Nhaveen, 18, yang dipukul dengan ganas dalam serangan oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Georgetown Sabtu lepas.
Remaja itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang hari ini.
Menyatakan rasa sedihnya atas kematian T Nhaveen, Najib mengucapkan takziah kepada keluarganya.
“Sedih mendapat berita kematian T Nhaveen. Takziah kepada keluarganya. Keadilan dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyerangnya,” kata beliau dalam catatan di Twitter.
Dalam kejadian yang berlaku pada 2.10 pagi, mangsa dan seorang lain, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, sedang membeli burger bila mereka ternampak 2 lelaki yang mereka kenali sebelum suspek lain tiba.
Dua mangsa itu dipercayai dipukul dengan helmet, serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum mangsa berusia 19 tahun sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top