pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Gesa, Pihak Terminal Sentral Kuantan Baiki Aspek Keselamatan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sebuah lagi kenderaan orang awam menjadi mangsa pengkhianatan di kawasan parkir berbayar di Terminal Sentral Kuantan (TSK).  P...

KUANTAN: Sebuah lagi kenderaan orang awam menjadi mangsa pengkhianatan di kawasan parkir berbayar di Terminal Sentral Kuantan (TSK).  Perkara itu didedahkan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) yang ke lokasi petang semalam.

Menurut Shukri beliau ke lokasi selepas mendapat aduan yang disebarkan menerusi media sosial. Setibanya ke TSK, beliau mendapati aduan tersebut ada kebenarannya.

"Sebuah kenderaan Perodua Bezza berwarna merah, kehilangan dua tayar.. satu depan dan satu belakang. Terdapat batu-bata yang digunakan untuk menampung kenderaan terbabit. Difahamkan, pemiliknya masih berada di luar (out station)", dakwa Shukri.

"Sudah beberapa kali kejadian jenayah berlaku di kawasan parkir tersebut sebelum ini. Kejadian curi tayar kereta dan motor, curi bateri, pecah cermin, curi beg barang berharga dan sebagainya dilaporkan. Namun, kita hairan pihak TSK masih gagal menyediakan kemudahan dari segi aspek keselamatan terbaik, terutamanya Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan Pengawal Keselematan. Ini menyebabkan penjenayah tidak takut untuk melakukan kegiatan jenayah di kawasan tersebut", tambah beliau lagi.

Menurutnya, banyak Laporan Polis yang dibuat oleh mangsa gagal diselesaikan kerana masalah CCTV yang tidak berfungsi. Siasatan lanjut sukar dijalankan apabila kamera litat tertutup gagal berfungsi katanya.

"Isu ini sudah lama, baynyak kejadian yang berlaku akhirnya mangsa dipersalahkan. Pihak pengurusan TSK dengan bangganya meletakkan papan tanda kononnya mereka tidak bertanggung jawab atas semua kenderaan dan segala kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab pemilik sendiri... Ini tindakan zalim dan tidak wajar."

"Bukankah mereka mengenakan bayaran kepada pemilik kenderaan, jika risiko sendiri sekali pun TSK sepatutnya menyediakan kawalan keselamatan yang terbaik.. sekurang-kurangnya CCTV berfungsi dan ada kawalan keselamatan di kawasan terbabit. Jangan hanya mengambil caj perkhidmatan tetapi 100% salahkan pengguna yang letak kenderaan di lokasi. Ini tindakan berat sebelah yang kami rasa harus diperbetulkan", jelas Shukri lagi.

Justeru, beliau merayu kepada pihak pengurusan TSK agar membaik pulih mutu perkhidmatan terutamanya soal kawalan keselamatan. Berapa banyak lagi harta awam akan dirosakkan oleh penjenayah jika perkara sebegini terus dibiarkan. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top