pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahu "Tunggu" Sehingga Pesawat Berhempas Baru Nak Haram Arak ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS sekali lagi mendesak Malaysia Airlines dan kerajaan mengharamkan alkohol daripada menu syarikat penerbangan itu. N...
PETALING JAYA: PAS sekali lagi mendesak Malaysia Airlines dan kerajaan mengharamkan alkohol daripada menu syarikat penerbangan itu.
Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, berapa banyak insiden penumpang mabuk atau adakah Malaysia Airlines mahu menunggu sehingga pesawatnya terhempas disebabkan penumpang sedemikian untuk sedar mengenai keperluan mengharamkan arak dalam pesawat.
Beliau turut merujuk laporan sebuah mahkamah di London dimaklumkan mengenai kejadian pada Januari lalu, di mana seorang penumpang yang mabuk dalam pesawat Malaysia Airlines berang selepas anak kapal berhenti menghidang alkohol kepadanya.
“Penumpang tersebut, Maxine Williams yang mabuk selama 10 jam dalam penerbangan ke London itu melemparkan kata-kata bersifat perkauman dan cuba menyerang pramugari Malaysia Airlines, Teoh Ming Lee, dengan kata-kata makian dan mencarut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Pada 31 Mei lalu, penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang warga Sri Lanka meluru ke kokpit pesawat.
Manodh Marks, 25, yang dilaporkan mempunyai masalah mental berjaya dikawal anak kapal, selepas mengancam mahu meletupkan pesawat itu dengan bom yang kemudiannya didapati hanya sebuah speaker.
Marks kemudiannya didakwa di Merlbourne mengikut Akta Jenayah Penerbangan Commonwealth 1991 kerana secara semberono membahayakan keselamatan pesawat, membuat ancaman atau keterangan palsu dan mengancam untuk memusnahkan, merosakkan dan membahayakan keselamatan pesawat atau membunuh atau mencederakan penumpangnya.
Susulan itu, Pemuda PAS menggesa kerajaan segera mengharamkan arak daripada menu semua penerbangan Malaysia Airlines.
agaimanapun, gesaan PAS itu disifatkan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) sebagai mengarut.
“Kalau Malaysia Airlines selalu mengalami masalah penumpang mabuk, buat kacau, perlulah kita kaji gesaan itu. (Soalnya) Berapa banyak kali ia berlaku? Gesaan itu mengarut,” kata Presiden Matta, Datuk Hamzah Rahmat.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, sudah sampai masanya pekerja Malaysia Airlines mendesak pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu dan kerajaan membuat keputusan drastik mengenai dasar menghidangkan alkohol dalam pesawat.
“Pemikiran ‘menanti insiden berlaku terlebih dahulu’ ini ialah satu pemikiran bahaya, apatah lagi larangan arak ini ialah satu perintah yang jelas di dalam Al-Quran,” tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top