pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pegawai "Kadet Laut" Di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Mati Di Bunuh !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pegawai Kadet Laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  ditemui mati dibunuh pada pagi Jumaat. Mangsa...

PETALING JAYA: Pegawai Kadet Laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  ditemui mati dibunuh pada pagi Jumaat.

Mangsa Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia petang Khamis selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Difahamkan mangsa ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Kematian mangsa disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya.

"Innalillah...sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah.

"Saya mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan segera. Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah," katanya.

Sementara itu, polis menahan 30 individu di UPNM di Sungai Besi bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, June 02, 2017 5:57:00 PM

Buat malu org melayu. Budaya bully zaman penjajah masih dikekalkan. Kaki2 bully tu wajar dihukum mati. Termasuk ketua yg membenarkan perkara itu berlaku

 
Top