pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pembangkang "Sokong" Tindakan Oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pembangkang menyokong dan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan untuk mera...
PETALING JAYA: Pembangkang menyokong dan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan untuk merampas aset dikaitkan dengan penyalahgunaan dana 1MDB sebagai wajar.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berlaku di Amerika Syarikat dan tindakan DoJ selaras perlembagaan negara itu demi keadilan dan melindungi kepentingan kepentingan umum.
“Ia di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat, maka untuk kepentingan umum, sepatutnya perkara itu dilakukan bila Malaysia mengambil sikap buat tak tahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
DoJ dalam saman sivil terbaru lebih 200 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di California pada Khamis, mahu menyita pelbagai aset dan hartanah mewah, dalam usaha mendapatkan kembali AS$540 juta wang yang dikaitkan dengan dana dicuri daripada 1MDB.
Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
DoJ dalam siasatannya turut mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam reaksinya berkata, pejabatnya “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB dan mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
“Mana boleh Peguam Negara membiarkan perkara itu berlaku depan mata mereka, tapi mereka tak ambil apa-apa tindakan. Apa istimewa sangat 1MDB itu?” soal Salahuddin.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor pula menyifatkan peguam negara sebagai “memalukan”.
“Jabatan Peguam Negara apabila diminta bekerjasama tak nak. DoJ minta pun dia tak nak bagi kerjasama. Switzerland minta (kerjasama) pun dia tak bagi kerjasama.
“Kemudian dia ‘menyalak’ kata tak ada bukti. Orang nak bagi bukti dia tak nak terima. Tak tahulah apa ‘class’ peguam negara kita ini. Bikin malu sahaja,” kata Kamaruddin.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menyifatkan tindakan DoJ menunjukkan AS tidak boleh dipengaruhi dan berharap mereka akan terus bertindak secara profesional dalam perkara itu walaupun Malaysia langsung tidak mempedulikan isu 1MDB.
Beliau yang mengetuai Biro Pelaburan PKR berkata, tindakan DoJ itu turut memberikan implikasi mendalam dari segi ekonomi dan pelaburan asing di negara ini.
“Ramai pelabur apabila dengar nama Malaysia, mereka ingat 1MDB, maka mereka tidak mahu melabur lagi di Malaysia,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top