pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penerbangan MH128 "Kecoh", Kes Lelaki Mahu "Letupkan" Pesawat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Seorang penumpang lelaki yang cuba menceroboh masuk ruang kokpit sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan dari ...
PETALING JAYA: Seorang penumpang lelaki yang cuba menceroboh masuk ruang kokpit sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur malam tadi mengancam mahu meletupkan pesawat itu, sebelum beberapa penumpang lain mengambil tindakan menahannya.
Beberapa saksi dipetik sebagai berkata lelaki yang berusia 25 tahun itu membawa sebuah alat bersaiz tembikai dengan 2 antena.
“Ia amat besar, berwarna hitam dan mempunyai 2 antena, tetapi seakan-akan alat pengecas iPhone,” seorang penumpang bernama Andy memberitahu akhbar Herald Sun.
“Ia mungkin alat beatbox,” katanya.
Lelaki itu kemudian dikenalpasti sebagai seorang warganegara Sri Lanka yang mempunyai sejarah masalah mental.
Andy menceritakan detik-detik cemas sejurus selepas penerbangan MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne.
“Kami baru sahaja 10 minit dalam penerbangan. Saya di kerusi 4A dalam kelas bisnes, dan saya terdengar si bodoh ini mahu masuk berjumpa juruterbang,” beliau memberitahu Herald Sun.
Selepas anak kapal menyuruhnya duduk, lelaki itu membalas dengan mengancam mahu meletupkan pesawat itu, mencetuskan panik.
“Saya meninggalkan tempat duduk dan menghampirinya. Saya tanya, kau ingat apa yang kau nak lakukan?
“Dia jawab: ‘Saya nak letupkan pesawat ini. Saya akan letupkan pesawat ini’.”
Andy berkata dia dan 2 orang lagi penumpang lain berjaya mengawal lelaki itu, sementara penerbangan berpatah balik.
Sejurus mendarat di Melbourne, pihak berkuasa dikatakan mengambil masa lebih sejam sebelum menggempur pesawat.
“Keselamatan penumpang menjadi keutamaan dan kami perlu mengambil kira beberapa pilihan,” kata jurucakap polis persekutuan Australia, Martin Good, dipetik The Australian.
MH128 merupakan salah satu daripada 2 penerbangan rutin harian dari Melbourne ke Kuala Lumpur.
Penerbangan itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.28 pagi tadi.
Penumpang yang terkandas ditempatkan di hotel sementara menunggu penerbangan seterusnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top