pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Tahan Dua Lelaki Halang Dan Usir MP Kluang Di Bazar Ramadan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Polis menahan 2 lelaki didakwa menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin ...
PETALING JAYA: Polis menahan 2 lelaki didakwa menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dari DAP daripada mengedar kurma di bazar Ramadan Bandar Kluang, Johor semalam.
Kedua-dua mereka ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, 1.40 tengah hari.
BH Online memetik Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan berkenaan kes provokasi termasuk menghalau beberapa anggota parti politik yang sedang mengedarkan sumbangan kurma kepada orang ramai di bazar Ramadan Bandar Kluang.
“Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.
“Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.
Video tindakan provokasi berkenaan viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai tindakan yang perlu dikecam.
“Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik,” kata Khairy menerusi akaun twitter beliau. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top