pahangdaily pahangdaily Author
Title: PPBM: Kenapa Tun Mahathir Perlu Ikuti Anwar, "Tak Tawar" Jadi PM ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PPBM mempersoalkan Pemuda PKR kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut jejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan t...

PETALING JAYA: PPBM mempersoalkan Pemuda PKR kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut jejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak mahu menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH). 

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, parti itu tidak pernah mendesak Anwar berbuat demikian. “Kalau Anwar nak membuat pengumuman untuk tarik diri, itu hak dialah. 

Kalau orang tak buat pengumuman, itu hak dia juga. “(Jadi) kenapa mesti ada desakan (demikian)?” katanya ketika dihubungi hari ini. Sabtu lalu, Anwar yang kerap diangkat PKR sebagai calon Perdana Menterinya, mengumumkan tidak mahu menawarkan diri untuk jawatan itu, sebaliknya mahu menumpukan perhatian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Susulan itu, Pemuda PKR hari ini menggesa Pengerusi PPBM itu membuat pengumuman tidak akan menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri PH. “Kami berharap Dr Mahathir juga akan dapat memberikan komitmen beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding, sekaligus tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Perdana Menteri,” kata Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin. 

Awal bulan ini, Dr Mahathir ketika ditanya sama ada akan kembali ke jawatan yang pernah dipegangnya selama 22 tahun, berkata ia akan hanya berlaku sekiranya digesa berbuat demikian. 

“Saya tidak boleh mengabaikan rakan dalam PH. Jika mereka ada cadangan seperti itu dan dipersetujui, maka saya mungkin terpaksa mempertimbangkannya,” kata bekas Perdana Menteri itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top