pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rosmah Beri Amaran Akan Saman Jika Terus "Fitnah" Di Media Sosial
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Peguam Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang “memantau media sosial dan segala bentuk terbitan” berikutan tindakan Jabata...
PETALING JAYA: Peguam Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang “memantau media sosial dan segala bentuk terbitan” berikutan tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang mahu merampas aset-aset dibeli, dipercayai menggunakan dana 1MDB, memberi amaran akan menyaman jika fitnah dan tuduhan tidak berasas terus dilemparkan ke atas isteri perdana menteri itu.

Sehubungan itu, firma Tetuan Noorhajran Mohd Noor memberi amaran, pihaknya memberi notis yang sewajarnya kepada sesiapa sahaja yang membuat kenyataan fitnah atau terbitan palsu atau berniat jahat terhadap Rosmah, tindakan undang-undang akan diambil.
“Baru-baru ini banyak serangan berniat jahat dan tidak berasas dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.”
Serangan-serangan itu adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti atau asas, yang dilakukan dengan niat jahat, semata-mata untuk memburukkan Rosmah dan memudaratkan reputasi beliau, kata firma itu menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Amaran tegas pasukan peguam Rosmah itu dipercayai ada kaitan dengan siri reaksi di Malaysia selepas saman terbaharu DoJ yang menyebut ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho membeli berlian merah jambu dan kalung bernilai AS$27.3 juta untuk “isteri MO1”.
“Kami ingin mengingatkan orang ramai daripada membuat sebarang tulisan dan kenyataan palsu dan yang berniat jahat, yang boleh menyebabkan kekeliruan awam dan gambaran yang salah mengenai fakta berhubung dakwaan yang dibuat terhadap Rosmah.
“Lebih khusus lagi, terbitan dan penyiaran dengan sumber-sumber yang tidak disahkan dan kandungannya tidak berasas dan yang bertujuan membawa kebencian secara tidak langsung dan serangan politik yang buruk,” kata kenyataan itu.
Dalam laporan awal hari ini, Bernama memetik Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Katanya fitnah yang disebarkan melalui media sosial itu dilihat sebagai salah satu bentuk “peperangan” yang mampu mengganggu gugat sesebuah negara.
“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.
“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top