pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rosmah "Ingatkan Rakyat", Jangan Percayakan Fitnah Di Media Sosial !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah y...
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Katanya fitnah yang disebarkan melalui media sosial itu dilihat sebagai salah satu bentuk “peperangan” yang mampu mengganggu gugat sesebuah negara.
“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.
“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Beliau menyeru rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan putar belit yang diadakan di media sosial sebaliknya meneliti kesahihan fakta yang dilemparkan serta menyiasat kebenaran sesuatu cerita.
Rosmah berkata sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia harus menyediakan rakyat yang merupakan “thinking society” atau “masyarakat berfikir”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top