pahangdaily pahangdaily Author
Title: Safiq Rahim Kembali Galas Tugas Sebagai Kapten Harimau Malaya !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia...

JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, pemilihan pemain berusia 30 tahun itu sesuai kerana Safiq merupakan wakil terbaik sebagai penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan esok.
“Sebelum ini, dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama…bagi saya, dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu,” katanya hari ini.
Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama Harimau Malaya, sejak pengumumannya bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lepas.
Sambil menyifatkan tanggungjawab tersebut bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata, beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan diingini.
Dalam pada itu, jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic berkata, ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya.
Beliau mengakui perlawanan menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya bersedia berdepan cabaran tersebut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top