[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Saifuddin 'Ganti Fauzi' Tanding Di Kerusi Parlimen Indera Mahkota !


KUANTAN: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dijangka mengambil alih tempat Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Menurut sumber, Saifuddin dilihat calon yang sesuai untuk dibawa masuk ke parlimen dan kerusi selesa untuk laluan tersebut ialah Indera Mahkota. Saifuddin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2015.

Pada PRU-13 lalu, Fauzi menang kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan majoriti 7,523 mengalahkan calon BN Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Berdasarkan senario tersebut, maka ia dijangka memberi laluan selesa kepada Saifuddin untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota kepada Pakatan Harapan (PH).

Persoalannya sekarang, jika Saifuddin bertanding di kerusi itu ke mana pula haluan Fauzi?. Khabar angin mengatakan beliau akan berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persediaan menjadi Menteri Besar Pahang sekiranya Pakatan Harapan menang di negeri ini. 

Kerusi DUN pilihan ialah Sungai Lembing, Lepar atau pun Panching di dalam Parlimen Paya Besar. Apa pun, kekuatan pengaruh Saifuddin mungkin terbatas kali ini kerana seterus kuat Pakatan Rakyat (PR) pada PRU lalu iaitu PAS kini tidak bersama lagi dengan mereka. 

Apakah PKR berjaya kekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota, sama-sama kita nantikan kemeriahan pertembungan tiga penjuru antara PKR-BN dan kemungkinan besar "PAS" pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini tidak lama lagi. #pdonews

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]