Salleh Keruak: SKMM Akan Pantau Akaun "Facebook & Twitter" Palsu


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kehadiran akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. 

Katanya sejak kebelakangan ini didapati terdapat banyak akaun media sosial palsu seperti di Facebook dan Twitter yang diwujudkan untuk menyebar pelbagai kandungan palsu dan jelik yang boleh memberi kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara. 

Beliau mengingatkan membuat atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

“Umum sedia maklum bahawa akaun palsu seperti ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan bertujuan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah serta hasutan yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara,”katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini hari ini. 

Salleh berkata isu itu tidak terpencil kepada Malaysia sahaja. Malah, katanya, Facebook baru-baru ini dilaporkan mengambil tindakan ke atas 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis dalam usahanya untuk mengekang gejala berita palsu sewaktu pilihan raya Presiden negara itu. 

“Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti Facebook akan terus dipohon oleh pihak SKMM untuk memadam akaun-akaun palsu ini,”kata Salleh. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]