pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sebuah "Pesawat Pejuang" Hawk TUDM Hilang,Terputus Hubungan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara di sini. Kementerian Per...

KUANTAN: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara di sini.

Kementerian Pertahanan mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 12.35 tengah hari Khamis.

"Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi," menurut kenyataan tersebut.

TUDM juga telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sementara itu Pengerusi Nelayan Besut, memberitahu tiada kelibat jet pejuang Hawk 108 di perairan Besut setakat 2.20 petang.

Manakala menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, pihaknya belum terima apa-apa maklumat berhubung lokasi kehilangan pesawat TUDM Hawk 108. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top