pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sekumpulan Pemuda Usir Pakatan Harapan "Mengagihkan Kurma" Di Bazar Ramadan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KLUANG: Sekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan dekat sini h...
KLUANG: Sekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan dekat sini hari ini.
Berdasarkan rakaman video yang diterima, kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan pemimpin DAP Johor Sheikh Omar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.
Menurut Sheikh Omar, aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazar berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih-muih.
“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.
“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Sheikh Omar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.

Sheikh Omar dilihat cuba menenangkan keadaan ditengah-tengah provokasi kumpulan itu. Mereka juga seperti mengancam memecahkan kamera pengunjung yang merakam kejadian itu.
“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top